Skip to content →

Hari 2 – pt. 2: Savanah + Whispering Sand + Bromo Creater, 3 September 2016

Lepas sahaja turun dari puncak. Kami ke destinasi seterusnya, Savanah + Whispering Sand + Bromo Creater. Setibanya turun dari puncak, keadaan sekeliling bertukar jadi kelabu, berpasir dan cuaca yang sejuk bertukar panas. Dan sepanjang perjalanan macam naik roller coster. Sangat kasar dan berlubang-lubang jalanya. Tunggang terbalik kami dalam jeep, namun gigih nak ambil gambar dan video. Agak jauh juga untuk sampai ke Bukit Teletubbies. Ya Teletubbies, memang sama kawasan bukit-bukit di situ dengan bukit-bukit dalam show Teletubbies. Di situ juga terdapat gunung yang sangat tinggi, macam The Wall dalam Game of Thrones. Susah nak cerita suasana di situ, sangat cantik dan luas, seperti di Iceland (walaupun tak pernah pergi hehehe).
Destinasi seterusnya Whispering Sand, tiada apa yang menarik sangat di sini, hanya kawasan yang luas dan beberapa bukit tinggi kelihatan di sekeliling.
Destinasi akhir adalah Bromo Creater. Kami kene berjalan kaki hampir 1km untuk sampai ke sana, tapi boleh sewa kuda untuk ke sana, dalam 20000 Rupiah kalau tak silap. Tapi kami memilih untuk berjalan saja. Cuaca waktu itu sangat sejuk bercampur panas, dengan pasir lagi, dan keadaan sekeliling sangat terang sekali dengan matahari hampir di atas kepala kami. Sebenarnya jam baru 7 atau 8 pagi kalau tak silap. Kami rasa sudah hampir seharian di situ dan ingat dah hampir waktu tengah hari. Setelah hampir ke tangga untuk ke kawah gunung berapi, isteri aku ni tak mahu naik ke atas sebab sudah keletihan. Kira-kira lagi 1km lagi mahu naik ke atas sana, dengan naik tangga. Jadi aku ikutkan sajalah memandangkan aku pun keletihan juga sebab kami sudah berjaga dari jam 12 pagi lagi. Kami ambil gambar dan video dan singgah sekejap di kuil yang ada di tengah-tengah padang pasir tu dan kembali semula ke Pak Inem untuk pulang.
Sebelum pulang ke hotel, kami bercadang untuk ke Kampung Tosari dahulu bagi mendaftar dan ambil race kit untuk larian esoknya. Jadi kami meminta Pak Inem untuk hantar kami ke sana terus dan tidak perlu ke hotel. Rupanya Pak Inem tinggal di situ, jadi dia tidak keberatan untuk hantar kami ke hotel selepas daftar dan ambil race kit. Dia siap suruh kami makan-makan dahulu sebelum pulang ke hotel, dia sanggup tunggu sehingga kami selesai makan. Terima kasih banyak-banyak Pak Inem. Aku memang kelaparan juga, sarapan pagi kami hanya protien bar dengan pisang goreng saja.
Sampai je hotel. Mandi dan terus pengsan sampai ke petang. Tak boleh tidur lama-lama sebab kene tidur awal malam pula sebab untuk bangun larian esoknya pula. Kene rehat secukupnya.

img_3887-copyimg_3914-copyimg_3911-copyimg_3908-copyimg_3923-copyimg_3933-copyimg_3939-copy img_3947-copy img_3942-copy

Published in Escapism

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *