Skip to content →

Pada hari larian. Kami bangun seawal jam 3 pagi. Kami perlu berkumpul menunggu van  tiba untuk membawa kami ke tempat larian. Memang sejuk waktu itu, nak stretching pun sangat la malas. Bukan malas la tapi kebas-kebas anggota badan ni sebab kesejukan. Kita pendekan saja cerita lah, cerita ni dah lama aku pun ingat-ingat lupa, jadi 5km pertama sangat senang juga sebab kebanyakan turun bukit. Laju juga turun. Dan untuk 5km terakhir kami perlu patah semula dan naik jalan berbukit untuk sampai ke atas. Pada awalnya jalan semuanya bertar jadi tiada masalah sangat cuma agak penat untuk berlari naik bukit, sehinggalah route bertukar ikut jalan yang berbatu dan tidak rata. Itulah permulaan keseksaan yang teramat. Sepanjang perjalanan kami banyak berhenti dan berjalan. Jalan untuk naik bukitnya agak tinggi seperti sedang mendaki. Aku pula cuba menahan sakit dan kepenatan dan kehausan. Sangat lah terseksa weiii. Azreen masa itu masih bertenaga jugalah. Kuat benar stamina dia. Aku pula memang dah pancit sangat dan bila minum air, rasa kembung saja perut, tidak hilang pun hausnya. Tapi gagah untuk sampai juga ke garisan penamat. Dan kami berjaya. Yeaaaay. Sampai saja aku terus duduk dan tidak boleh bergerak langsung. Tenaga memang betul-betul kehabisan sehingga hendak bercakap pun tidak boleh dah. Hahahaha. Azreen ajak aku pergi jalan-jalan untuk tengok persembahan yang ada waktu itu pun aku tidak ikut. Sebab memang tak larat langsung untuk bergerak. Waktu makan pun aku tidak selera hendak makan. Betapa habis tenaga ini. Yang aku fikir hanya hendak pulang saja. Azreen cakap aku grumpy. Hahahaha memang sebab aku tak mahu cakap dan makan, hanya nak balik dan baring. Bermain-main dalam otak ni kenapa lah aku masuk larian ini. Hehehe. Hakikatnya aku tak menyesal pun, kegembiraan dan kepuasan lagi banyak dari keperitan larian itu. Jadi kalau ditanya hendak masuk lagi sekali tak larian Bromo ni. Hmmmm semestinya tapi kali ini try 21km pula. Tapi kene beringat, latihan kene lagi cukup sebab dah tahu routenya bagaimana seksanya. Terutama untuk aku la, untuk Azreen dia sangat rilek lepas larian waktu itu.

Selepas hari larian, tiada apa dah sangat. Hanya tunggu untuk pulang. Kami tak sempat untuk beli apa-apa souvenir jadi kami beli di airport saja.

Akhir sekali, aku dah compile video semasa di Bromo. Enjoy!!!

Published in Escapism

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *