Skip to content →

Ini semua idea isteri aku. Salah satu alasan dia untuk travel (hish hish hish). Dan ini adalah larian pertama kami luar dari Malaysia. Excited juga rasa, berlari dalam kawasan kampung, dengan pemandangan, udara dan suasana yang berbeza. Event larian ini adalah pada 4 September 2016 di Pasuruan, Bromo, Indonesia (9 hari saja lagi wei).
Latihan pula memang tak consisten langsung hahahaha, mungkin sebab 10km sahaja. Bagi isteri aku memang dia sudah biasa, tapi bukan untuk aku. Aku selalunya jadi ‘ghost runner’ tiap kali isteri aku masuk event larian. Baru minggu lepas kami mula betul-betul training untuk biasakan dengan larian 10km, untuk aku terutamanya.
Semasa larian pula kami sudah siap beli pouch bag untuk simpan telefon, passport, duit dan kunci hotel. Kasut pula, plan asal nak beli baru sebab masing-masing kasut dah hampir ‘tenat’, tapi aku punya kasut paling ‘tenat’ dah ternganga bahagian depan tu. Isteri aku plan, pakai saja kasut ‘tenat’ ni, nanti tinggalkan saja di sana. Balik baru beli kasut baru. Bagus plan dia tu hehehehe.

BM2016-map-10K

Ini route larian 10km kami. Mereka kata tiap larian akan dihiasi dengan pemandangan indah kampung. Ini namanya tak lari sangatlah, memang akan berhenti ambil gambar saja. Nanti kita tengok berjaya tak ambil gambar dan juga catat masa baru larian. Yang itu next post punya cerita.

Untuk tahu lebih lanjut tentang larian ini, boleh klik di sini bromomarathon.com

*gambar header ehsan dari Google image.

Published in Escapism

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *