Skip to content →

Ini larian pertama aku luar dari Malaysia. Sebenarnya dalam Malaysia pun aku jarang masuk event larian, aku masuk sebagai supporter dan bodyguard untuk isteri aku yang suka berlari. Ini juga pertama kali aku datang ke Indonesia, tak ubah seperti Malaysia pun. Cuaca, orang dan keadaan sekeliling, sama sahaja. Yang beza hanya bahasa dan culture nya saja. 5 hari kami ke Indonesia, 2 hari di Surabaya dan 3 hari lagi di Pasuruan untuk acara larian.

*Ini hanyalah ringkasan daripada aku sepanjang kami di sana, kalau nak lagi details tentang cerita, kos, tambang flight dan perbelanjaan harian boleh ke page isteri aku Azreenchan

Hari 1 : Surabaya, Jumaat, 2 September 2016

Tiba di Juanda Airport, waktu di Indonesia sejam lewat dari waktu Malaysia. 2 jam sahaja flight dari Malaysia ke Indonesia. Sampai saja kami terus cari tempat untuk makan, kebuluran. Untuk ke hostel, kami guna Uber sebab risau teksi lagi mahal. Jarak hostel dengan airport hanya 10 minit saja. Kali pertama aku guna Uber ni, ambil masa juga nak faham bagaimana nak guna apps nya. Disebabkan masalah komunikasi, aku langsung tak berapa faham apa yang dia cakap, di mana dia berada dan kereta apa dia guna, ambil masa dalam 30 minit juga untuk kami jumpa kereta Uber itu, padahal dia ada saja berdekatan. Kawasan hostel memang kawasan kampung, dengan gerai-gerai makanan kecil, jalan yang kecil, tiap-tiap rumah semua rapat-rapat. Hostel kami duduk memang selesa walaupun kecil, pekerjanya juga peramah, memang aku recommend sesiapa untuk stay di sini kalau datang ke Surabaya, Kamariska Hostel namanya. Google saja pasti ketemu. Selain itu ada juga mart di sana seperti KK Mart dan seangkatan kalau di Malaysia. Jadi kami shopping lah untuk bekalan di bawa ke Pasuruan nanti. Makan malam kami pula nasi ayam penyet untuk isteri aku dan ikan keli penyet untuk aku. Lagi sekali, masalah komunikasi, masing-masing tak faham nak order makanan. Jadi kami tunjuk-tunjuk saja apa yang kami mahu.

Hari 2 – pt. 1: Surabaya – Pasuruan, 3 September 2016

Jam 12 pagi, driver kami tiba untuk bawa kami ke destinasi seterusnya, Hotel Huni Raya di Bromo. Kami bergerak awal sebab kami akan ke Penanjakan untuk melihat sunrise dalam sekitar jam 5 pagi. Dalam jam 3 pagi kami perlu ada di hotel untuk menaiki jeep pula untuk naik ke puncak sana. Perjalanan ke hotel memang sangat ekstrem, cara pemandu-pemandu di sana lagi bahaya dari kita di Malaysia (aku ingat pemandu Malaysia dah cukup esktrem hehehe). Susah nak terangkan kena merasa sendiri. Memang tak boleh tidur aku sepanjang perjalanan. Setiba saja di hotel, keadaan sekeliling memang serius gelap gelita, hanya lampu dari hotel saja, itu pun malap. Gaya macam tak berpenghuni hotelnya. Sementara menunggu jam 3 pagi, kami berehat sebentar di suraunya. Pada awalnya penjaga tempat itu bagi kami sebuah bilik untuk berehat, tapi menyeramkan pula biliknya, terus lari masuk surau hehehehe. Jam 3 kami memulakan pengembaraan. Pak Inem, driver kami yang akan membawa kami menjelajah Bromo. Destinasi pertama adalah Penanjakan, tempat untuk melihat sunrise.
Sepanjang perjalanan akan terlihat unggun api ditepi jalan tempat bagi memanaskan badan dan gerai – gerai kecil yang menjual minuman panas. Suasana makin sejuk bila hampir ke puncaknya. Memang tidak cukup hanya memakai baju sejuk saja. Jadi aku belikan untuk isteri aku sarung tangan dan aku snowcap. Kami perlu berjalan dalam 1km untuk ke puncak kerana jeep tidak boleh naik sampai di atas. Penuh deretan jeep ditepi jalan serta gojek (motor) yang membawa sesiapa yang mahu naik ke atas. Dan berbayar ya gojeknya, sekitar 40000 rupiah. Pada awalnya kami cadang untuk berjalan saja, tapi disebabkan gojek ni asyik datang dan datang offer untuk naik jadi kami naik jugalah. Setiba di atas, aku dah rasa macam di Tibet pula, walaupun tidak pernah sampai di sana hanya sekadar melihat di dalam video dan gambar saja dapat melihat persamaan antara dua tempat itu. Ada kedai kecil sepanjang jalan yang menjual minuman panas dan lagi unggun api tempat memanaskan badan. Setiba di puncak, penuh dengan manusia sampai tiada tempat untuk berdiri atau duduk. Tapi kami menyelit juga sampai jumpa tempat untuk duduk sementara menunggu lagi sejam sunrise tiba. Dalam kegelapan kami duduk beramai – ramai dalam lautan manusia menunggu dengan sangat kesejukan. Pertama kali aku merasa sejuk sebegini, kebas – kebas tangan dan kaki. Jadi perlu diingat kan kepada sesiapa yang mahu pergi, pakailah pakaian yang cukup tebal. Aku terhidu sesuatu yang busuk dan kuat, baunya seperti kentut. Tapi rupanya bau itu adalah sulfur, kami sebenarnya berdekatan dengan gunung berapi.
Aku sebenarnya memang tidak berapa selesa bila ramai sangat orang ni, lagipun macam mana nak menikmati sunrise kan kalau penuh sangat manusia. Tapi bila sunrise tiba, hilang semua manusia tadi ntah ke mana. Semua fokus ke matahari yang mahu muncul itu. Susah nak gambarkan betapa indahnya ciptaan tuhan ni. Biarlah gambar yang berkata – kata.

img_3724-copy_1 img_3748-copyimg_3775-copyimg_3784-copy img_3796-copyimg_3798-copyimg_3836-copyimg_3801-copyimg_3854-copyimg_3858-copyimg_3860-copy-copy*Kalau nak tengok lagi gambar ada di Instagram dan Flickr.

Published in Escapism

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *