Skip to content →

Tahun ini beraya di rumah belah isteri aku pula, Pekan Pahang. Pengalaman baru beraya bersama keluarga lain. Kali ini hanya kami bertiga Ma, Azreen dan aku. Adik-beradik yang lain beraya sama Papa tahun ini. Bertolak sehari sebelum raya, syukur tiada jem sepanjang jalan. Ramai yang dah pulang beraya mungkin. Malam raya itu bising dengan orang bermain mercun. Letup sana sini, aku pula dengan isteri aku, apa buat, duduk dalam bilik diam-diam main telefon hahahahaha. Punyalah anti sosial kan. Untuk raya pertama, macam biasalah beraya di rumah saudara mara semua. Masuk tengah hari habis semua rumah dah cover. Jadi aku plan dengan isteri aku untuk merayau di area Pekan, mencari laut berdekatan Plan asal mahu ke Teluk Cempedak, tapi apabila dikira masa sangat jauh juga untuk ke bandar Kuantan. Jadi isteri aku bertanya dengan Mak Anjang dia ada tempat-tempat menarik di Pekan ini. Pantai Air Leleh, itu tempat eskapi kami kali ini, agak menarik tempat itu selepas kami google tempat itu. Kami pinjam kereta Ma, guna Waze dan tiba di destinasi lebih kurang 15 minit. Laut memang antara tempat favourite kami, sangat tenang pantai itu, angin sepoi-sepoi bahasa dan bau laut pun tidak begitu kuat dan pantainya agak bersih juga. Terdapat beberapa keluarga mandi-manda dan couple-couple melepak di tiap pondok. Cuaca yang tidak berapa panas, dan hujan hanya untuk seketika. Memang tak rugi kami pilih untuk ke pantai ini untuk menghabiskan petang raya kami. Jadi ini escapism edisi raya kami yang aku dah compile dalam video, orang pergi beraya kami pergi ke laut pulak. Enjoy dan Selamat Hari Raya.

vlcsnap-2016-08-22-17h04m21s186 vlcsnap-2016-08-22-17h04m00s233 vlcsnap-2016-08-22-17h03m39s8vlcsnap-2016-08-22-17h11m09s179vlcsnap-2016-08-22-17h10m52s251

 

Published in Escapism

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *