Skip to content →

Baru saja habis road trips ke Kedah, kami sekali lagi eskapi, kali ini ke Kemaman, Terengganu. Eskapi kali ini bersama keluarga isteri aku dan akak dia, Aja, yang plan hendak ke Kemaman. Kami pergi untuk sehari saja, gerak dari Pekan selepas kenduri kahwin di sana. Jadi kami semua sempat berpiknik di tepi pantai sambil menikmati sunset. Padahal tak dapat pun tengok sunset di laut sebab kami berada di pantai timur. Jadi aku dan isteri plan untuk tengok sunrise. Dalam jam 6 pagi, aku, isteri aku dan Aja, pergi ke pantai untuk mencari sunrise. Pantai pertama pergi tak dapat tengok sebab kene halang dengan bukit, jadi kami gerak ke Pantai Teluk Mak Nik, tempat kami berpiknik semalam. Memang bukan rezeki kami mungkin, ada awan besar sepanjang laut jadi matahari ada disebalik awan itu. Dalam jam 8 pagi begitu, bila matahari sudah naik tinggi baru  nampak ia keluar dari awan.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di beberapa tempat random dan terjumpa pantai yang kosong dan sunyi. Mungkin tiada orang sebab waktu tengah hari, waktu itu air tengah pasang surut, jadi kami boleh jalan jauh ke tengah laut. Dan akhir sekali kami singgah di Air Terjun Pandan di Kuantan. Pada mulanya mahu mandi tapi ramai sangat pula manusianya,  lain kali sahajalah.

04

Processed with VSCOcam with lv01 preset

01

Dan aku sudah compile semua video yang sempat dirakam. Ini video Eskapi ke 10 kami di Kemaman.

Published in Escapism

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *