Skip to content →

Ini hanya sementara saja, dah hampir sebulan aku beli domain ini dan masih tak jumpa theme yang betul – betul aku mahu. Beli pun disebabkan nak dapatkan fully control pada theme yang aku pilih. Aku cuba buat dari scratch, fully coding, kononnya dapat lah buat design yang aku mahu. Memang ya hampir dapat apa yang aku mahu, tapi sampai di situ sajalah, aku bukan berapa faham sangat codingnya, hanya ikut apa yang diajar saja.
Jumpa satu tutorial di youtube oleh Hogan Chua yang ajar gunakan theme dari Themify. Drag and drop saja untuk create website sendiri. Memang bagus untuk beginner untuk create website atau blog. Jadi aku explore dan ikut apa yang dia ajar. Ya dan sekali lagi hampir tapi masih jauh dengan apa yang aku mahu. Cerewet betul. Tapi aku tahu theme itu boleh dapat apa yang aku mahu tapi perlu lagi explore features yang ada.
Buat masa sekarang aku guna dulu theme ini, agak decent juga cuma banyak yang tak boleh ubah seperti saiz tajuk, warna background, posisi post. Nak fully control kene bayar untuk premium theme.
Isteri aku pesan cari theme atau beli sahaja yang hampir dengan apa yang kita mahu dan adjust daripada situ. Ya ada beberapa theme yang aku sudah aim kalau aku mahu beli, tapi harganya saja jadi buat berfikir lagi sekali. Yang ini salah satunya, Soigne dari RevolveThemes. Tapi harganya $49 bersamaan RM197.09.

hm hm hm.

e7cc650f732d12ca7ea6cd23636e7aab

Published in Celoteh

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *